Tular beberapa keping gambar kota suci Mekah yang diabadikan dalam bentuk ukiran kayu.
Apa yang menarik perhatian warganet, kehalusan buatan tangan pengukirnya yang cukup kreatif menaikkan lagi seri karya agung berkenaan.
Kalau diperhalusi hanya melalui gambar, dapat disimpulkan, setiap sudut diperincikan dengan penuh kekemasan. Tidak terlepas satu pun pintu Masjidil Haram dan bangunan tinggi di sekelilingnya.
Ukiran tiga dimensi kota Mekah itu dibuat pada sudut 45 darjah sekali gus menampakkan kekemasan permukaan kayu jati berukuran 180cm x 180cm.
Difahamkan, ia 100 peratus buatan tangan dan telah disiapkan dalam tempoh enam hingga lapan bulan.
Perkongsian mahajati.art dalam akaun Instagramnya ternyata membuat ramai yang tertawan lebih-lebih mereka yang rindu untuk menjejakkan kaki di tanah suci tersebut.
“Masterpiece Carving of Mecca. Finish artwork will be over 180cm x 180cm Insha-ALLAH end 2020.”
Bukan calang-calang orang boleh buat kerja-kerja ukiran kayu jati itu dengan cara tradisional kerana memakan masa yang lama. Semuanya dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Pasti ramai tertanya-tanya berapa harga masterpiece tersebut? Persoalan sama dibangkitkan warganet yang teruja melihat keindahan ukiran dan tidak sabar melihat karya itu siap sepenuhnya.
“ما شاء الل…Pls let me know the price when it’s done. Ya Allah…” – pearls_of_the_heart
“Apakah lukisan ini untuk di jual?.” – flowers_garden09
“Maa Shaa Allah impressive and outstanding work! The artists are engineers so skilled and amazingly talented. It’s just all on another level.” – pharmartacy
Bagi mereka yang bertanyakan karya tersebut untuk dijual atau tidak, mahajati.art ada menerangkan bahawa masterpiece itu untuk koleksi peribadi dan melibatkan kolaboratif ramai artis seni.
“One of our most awaited handmade art for our Private Collection. These masterpiece takes months to years to produce and requires the collaboration of various artist across multiple trade.”
Bukan sahaja ukiran kota Mekah, mahajati.art juga banyak membuat tempahan ayat al-Quran dengan desain yang sememangnya cantik dan unik.
Apa yang pasti, ukiran kayu pada hiasan dinding masih diminati ramai lebih-lebih objek ukiran dekat di hati umat Islam, tak gitu?